Penerbitan

Polisi Keselamatan Siber


 LATAR  BELAKANG

Polisi ini dibangunkan untuk menjamin kesinambungan perkhidmatan MSWP dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan siber. Polisi ini akan memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi MSWP bagi memastikan semua maklumat dilindungi.


  PEMAKAIAN & PEMATUHAN

Polisi Keselamatan Siber Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (PKS MSWP) perlu dipatuhi dan terpakai kepada semua warga MSWP, pembekal, pakar runding dan pihak yang mempunyai urusan dengan perkhidmatan digital MSWP.


 TUJUAN

Polisi Keselamatan Siber Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (PKS MSWP) ini bertujuan untuk menerangkan mengenai tanggungjawab dan peraturan-peraturan yang perlu difahami dan dipatuhi oleh warga MSWP, pembekal, pakar runding dan pihak yang mempunyai urusan dengan Perkhidmatan Digital MSWP dalam melindungi maklumat di ruang siber.


 OBJEKTIF

Menerangkan kepada semua pengguna merangkumi warga MSWP, pembekal, pakar runding dan pihak yang mempunyai urusan dengan perkhidmatan digital MSWP mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi maklumat di ruang siber;

Memastikan keselamatan penyampaian perkhidmatan MSWP di tahap tertinggi sekali gus meningkatkan tahap keyakinan pihak-pihak berkepentingan seperti agensi Kerajaan, industri dan orang awam;

Memastikan kelancaran operasi MSWP dengan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan disebabkan oleh insiden yang berlaku;

Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau kelemahan yang berlaku dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan

Menyediakan ruang bagi penambahbaikan yang berterusan kepada pengurusan keselamatan dan pentadbiran ICT.


Something went wrong

  • Page ID : 18
  • Content ID : 44
  • SQLSTATE[HY000]: General error: 1525 Incorrect DATE value: '' The SQL being executed was: SELECT * FROM `publication_version` WHERE (`version_status` = 'active') AND (`document_id` = '6') AND ((`version_date_start` = '') OR (`version_date_start` = '0000-00-00') OR (`version_date_start` IS NULL) OR (`version_date_start` <= '2024-03-28')) AND ((`version_date_end` = '') OR (`version_date_end` = '0000-00-00') OR (`version_date_end` IS NULL) OR (`version_date_end` >= '2024-03-28')) ORDER BY `version_no` DESC
  • Content :
ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement