Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Saya baru mendaftarkan perceraian saya di JAWI. Apakah tuntutan yang boleh saya tuntut selepas ini?

Anda boleh membuat tuntutan selepas perceraian seperti nafkah iddah, mut’ah, harta sepencarian, hadhanah, nafkah anak dan lain-lain. 

Jika dokumen saya sudah lengkap, adakah saya boleh membuat permohonan penceraian secara fast track ?

Ya, anda boleh memfailkan permohonan di kauner pendaftaran Mahkamah

Apakah syarat-syarat yang perlu pihak-pihak sediakan untuk bercerai melalui fast track?

Syarat-syarat fast track : 

  • Dokumen hendaklah lengkap

  • Pihak-pihak (suami dan isteri) hendaklah hadir di mahkamah

  • Wujud persetujuan antara suami dan isteri untuk bercerai

  • Isteri di dalam kedaaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut dan

  • Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa telah berlaku pecah belah (shiqaq) dan perkahwinan tidak dapat diselamatkan. 

Apakah yang dimaksudkan dengan penceraian fast track ini ?

Penceraian fast track merupakan inisiatif dan suatu inovasi proses kerja di mana pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes mereka. Proses ini juga diselesaikan kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan. 

Suami saya masih enggan membayar nafkah anak sedangkan telah ada perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Apa yang perlu saya lakukan?

Puan telah memperoleh perintah dari mahkamah tentang pemberiaan nafkah anak dan suami puan telah cuai dan ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut. Oleh itu, puan boleh merujuk kepada unit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang terdapat di Mahkamah Syariah yang membantu golongan-golongan yang menghadapai masalah berkaitan pelaksanaan perintah pembayaran nafkah. Antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) adalah : 

  • Meleraikan masalah yang kebiasaannya dihadapi oleh wanita atau ibu tunggal yang sukar mendapatkan nafkah seperti yang diperintahkan mahkamah. 

  • Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah

  • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang awam

  • Memberi bantuan kewangan sara hidup sementara kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah anak

ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement