Fungsi Seksyen Sulh

Seksyen Sulh adalah salah satu seksyen yang diletakkan di bawah Bahagian Pendaftaran dan Pengurusan Kehakiman MSWP.

 

Seksyen ini berperanan untuk menyediakan perkhidmatan sulh kepada pihak-pihak yang bertikai. Pelaksanaan sulh adalah sebagai satu alternatif yang diwujudkan oleh MSWP dalam mempercepatkan penyelesaian kes yang didaftarkan di Mahkamah 
Syariah. Sebelum  melalui proses perbicaraan, kes-kes bersesuaian yang telah didaftarkan perlu melalui proses sulh terlebih dahulu bagi membincangkan pertikaian-pertikaian yang dibangkitkan oleh pihak-pihak. Sekiranya pihak-pihak ketika sesi Majlis Sulh berjaya mencapai persetujuan terhadap pertikaian secara damai, Pegawai Sulh akan menyediakan perjanjian penyelesaian untuk ditandatangani oleh pihak-pihak. Perjanjian penyelesaian yang telah ditandatangani tersebut akan dihantar ke Yang Arif Hakim di Mahkamah untuk diendors sebagai satu perintah mahkamah yang mengikat pihak-pihak. 

Kewujudan seksyen ini dilihat dapat menyelesaikan kes dengan cepat dan sekaligus mengelakkan perbicaraan yang panjang.

Perkhidmatan sulh ini ditawarkan di ketiga-tiga wilayah persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Majlis Sulh

“Suatu sesi pengantaraan antara pihak-pihak yang bertikai yang dipengerusikan oleh Pegawai Sulh untuk menyelesaikan kes dengan cara Sulh”

 Peruntukan Undang-Undang dan Rujukan Mengenai Pelaksanaan Sulh

1)      Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998

Seksyen 99. Sulh.

“Pihak-pihak dalam apa-apa prosiding boleh pada mana-mana peringkat prosiding itu, mengadakan sulh untuk menyelesaikan pertikaian mereka mengikut apa-apa kaedah yang ditetapkan atau, jika tiada kaedah sedemikian mengikut Hukum Syarak.”

 Seksyen 131. Penghakiman persetujuan.

“Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan pihak-pihak, termasuklah sulh, boleh direkodkan oleh Mahkamah pada bila-bila masa.”

 Kelebihan Sulh

1.
Perundingan adalah bersifat terpimpin dan bukannya dominasi sebelah pihak.
2.Segala yang dibincangkan adalah bersifat kerahsiaan.
3.Penyelesaian secara terbuka dan sukarela (keredhaan), bukannya melepas dendam.
4.Mengekalkan hubungan baik dan saling hormat menghormati.
5.Menjimatkan kos dan masa.
6.Mengelakkan perbicaraan yang memakan tempoh yang panjang.
7.Mempercepatkan penyelesaian kes.
8.Kebebasan pihak-pihak untuk berbincang.
9.Menyelesaikan konflik dan pertikaian dengan cepat.
10.Mengurangkan trauma.
11.Menjaga maruah dan aib pihak-pihak.


Faktor Yang Menyebabkan Majlis Sulh Berjaya

(1)   Pihak-pihak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan pertikaian mereka di luar mahkamah.

(2)   Pihak-pihak bersedia memberi dan menerima bagi mencapai penyelesaian secara damai.

(3)   Pihak-pihak bersedia berunding dengan ikhlas dan terbuka, bukannya secara emosi atau berniat untuk membalas dendam.

(4)   Pihak-pihak sedar bahawa penyelesaian secara damai adalah demi kepentingan di masa hadapan.

(5)   Pihak-pihak jelas akan kelebihan dan kekurangan jika tuntutan mereka dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.


Faktor Yang Menyebabkan Majlis Sulh Tidak Berjaya

(1)   Salah satu pihak atau kedua-dua pihak tiada upaya untuk membuat keputusan.

(2)   Tiada komitmen diberikan untuk menyelesaikan pertikaian.

(3)   Tiada persediaan oleh pihak-pihak sebelum sesi sulh bermula.

(4)   Pihak-pihak dipengaruhi oleh pihak ketiga di dalam membuat keputusan.

(5)   Pihak-pihak tidak jelas akan halatuju kes yang difailkan dan tidak mengetahui akan hak-hak mereka berkait dengan tuntutan yang difailkan.


Tuntutan yang boleh dibawa ke Majlis Sulh

1Ganti rugi pertunangan
11Mengubah perintah jagaan anak atau nafkah anak
2Muta’ah
12Mengubah perjanjian jagaan anak atau nafkah anak
3Harta sepencarian
13Hadhanah
4Nafkah isteri
14Ganti rugi perkahwinan
5Nafkah kepada pihak tidak upaya
15Hak tempat tinggal
6Cagaran nafkah
16Perintah supaya hidup bersama semula
7Nafkah ‘iddah
17Perintah supaya isteri kembali taat kepada suami
8Mengubah perintah nafkah
18 Mas kahwin; atau
9Tunggakan nafkah
19Mana-mana kes yang diperintahkan oleh Hakim yang pada
pendapatnya perlu untuk dirujukkan kepada Majlis Sulh.
10Nafkah anak




ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement