MAL
- Menyediakan fail fizikal kes-kes Mal yang melibatkan penyampaian Saman/Notis Permohonan/Notis Kehadiran Majlis Sulh dalam bidang kuasa dan luar bidang kuasa yang diterima daripada Unit Pendaftaran Kes.
- Mengagihkan fail fizikal dan pliding/dokumen kes-kes Mal dalam bidang kuasa dan luar bidang kuasa kepada Dewan Bicara Mahkamah/Seksyen Sulh/Unit Pengurusan Kes/Unit Penghantar.
- Menerima dan mengendalikan pengendorsan Perintah Penyampaian Saman Luar Bidang Kuasa dan pliding/dokumen kes-kes Mal yang diterima daripada mahkamah luar dan menyerahkan kepada Unit Penghantar Notis.
- Menyerahkan Afidavit Penyampaian/Tanpa Penyampaian kes-kes Mal yang diterima daripada Unit Penghantar Notis kepada mahkamah luar.
- Menyedia dan mengagihkan fail fizikal kes-kes Mal yang dirafa`kan/dipindahkan daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rendah Syariah.
- Menyedia dan mengagihkan fail fizikal kes-kes Mal yang diperintahkan hidup/bicara semula oleh Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah kepada Dewan Bicara Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah.
- Menyediakan nota keterangan/pliding/kertas kausa kes-kes Mal yang telah selesai yang dipohon oleh mana-mana pelanggan melalui Permohonan Interlokutori dan menyerahkan kepada Unit Pelbagai.
- Mengendalikan permohonan naziran dan pertindihan kes Mal dan menyediakan dokumen kes untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Naziran dan Pertindihan Kes, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. - Menyediakan Statistik Bulanan Kes Mal.
JENAYAH
- Mendaftar Kes Jenayah
- Menguruskan Saman Jenayah Dalam Bidangkuasa dan Luar bidang Kuasa
- Menguruskan Waran Penjara/Waran Penahanan bagi Dewan Bicara Yang Menggendalikan Prosiding Jenayah.
- Menguruskan pemulangan Bon Jamin
- Menyedaikan Statistik Kes Jenayah bagi semua dewan yang mengendalikan prosiding Jenayah
RAYUAN DAN FARAID
- Menerima dan menyemak pemfailan/ serahan Notis Rayuan tidak melebihi tempoh yang telah ditetapkan, iaitu 14 hari dari tarikh keputusan/ tarikh penerimaan perintah sekiranya perayu tidak hadir.
- Menerima dan menyemak pemfailan/ serahan notis rayuan balas tidak melebihi tempoh yang telah ditetapkan iaitu 7 hari dari tarikh terima Notis Rayuan.
- Menyediakan fail fizikal 4 salinan untuk Mahkamah Rayuan dan 1 salinan untuk mahkamah Tinggi Rayuan.
- Menyediakan memo dan menerima Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman daripada Mahkamah Bicara.
- Menyediakan Borang MS 30 berserta Nota Keterangan dan Alasan penghakiman Salinan yang diperakui sah untuk diserahkan kepada perayu/ peguam perayu.
- Memastikan Rekod Rayuan dalam kes mal (tidak diwakili peguam) disediakan dalam tempoh 6 minggu/ 42 hari dari tarikh penerimaan Borang MS30.
- Tetapkan tarikh pengurusan kes di hadapan Ketua Pendaftar/ Pendaftar setelah rekod Rayuan disempurnakan.
- Mengendalikan siding pendengaran kes rayuan Mal dan Jenayah dalam dewan bicara. \
- Mengendalikan fail kes selepas pendengaran Rayuan Mal dan Jenayah di hadapan Panel Hakim Rayuan.
- Pengurusan Fail Faraid
PENDAFTARAN KES
- Memastikan kelancaran proses pendaftaran kes-kes Mal, Rayuan dan Faraid bagi Dewan-Dewan MRS, MTS dan MRyS.
- Mengagihkan pliding/dokumen kes-kes Mal, Rayuan dan Faraid kepada Unit Pengurusan Kes, Unit Mal dan Unit Rayuan dan Faraid bagi tujuan penyediaan fail fizikal kes termasuk fail-fail melibatkan Mahkamah Laluan Pantas (Fast-Track).
- Menyediakan fail fizikal kes-kes Mal yang melibatkan penyampaian Saman/Notis Permohonan/Notis Kehadiran Majlis Sulh dalam bidang kuasa dan luar bidang kuasa.
- Menyediakan Jadual Bertugas Kaunter Pendaftaran, Jadual Petugas Standby bagi Jadual Bertugas Kaunter Pendaftaran dan menyediakan Jadual Bertugas Kaunter Khidmat Nasihat di Kaunter Pendaftaran.
- Menyediakan Senarai Semak, Borang Pendaftaran dan lain-lain borang di Kaunter Pendaftaran.
- Menyediakan Statistik Bulanan Kehadiran Pelanggan ke Kaunter Pendaftaran dan menyediakan Statistik Bulanan Pendaftaran Kes Mal, Rayuan dan Faraid di Kaunter Pendaftaran.
WAKALAH DAN DOKUMENTASI
- Mentadbir affidavit dan wakalah secara fizikal dan atas talian
- Menerima surat/dokumen/pliding/dan mendapatkan arahan lanjut jika berkaitan dengan pendaftar dan mengagihkan ke dewan bicara atau unit yang berkenaan
- Menerima perintah/rekod perceraian/ perintah SLBK bagi kes mal/jenayah daripada unit perintah atau dewan bicara MTS dan menyelia termasuk scan perintah dan memuatnaik ke dalam esyariah dan tujuan serahan kepada pelanggan/peguam
PENGHANTAR NOTIS
- Menerima Saman/Notis Permohonan/Notis Kehadiran Majlis Sulh kes-kes Mal/Jenayah dalam bidang kuasa daripada Unit Pendaftaran Kes dan mengagihkan kepada Penghantar Notis bagi urusan penyampaian kepada pihak Defendan/Responden/Orang Kena Tuduh.
- Menerima Saman/Notis Permohonan/Notis Kehadiran Majlis Sulh kes-kes Mal/Jenayah mahkamah luar daripada Unit Mal/Jenayah dan mengagihkan kepada Penghantar Notis bagi urusan penyampaian kepada pihak Defendan/Responden/Orang Kena Tuduh.
- Menyediakan Afidavit Penyampaian/Tanpa Penyampaian kes-kes Mal/Jenayah dalam bidang kuasa atau mahkamah luar dan menyerahkan kepada Dewan Bicara/Seksyen Sulh/Unit Pendaftaran Kes/Unit Mal.
- Senarai saman yang diagihkan kepada Unit Penghantar Notis.
- Senarai pengagihan saman bagi setiap penghantar Notis- dibuat mengikut zon.