Profil Bahagian Seksyen Rekod

PENGENALAN

Seksyen Rekod bertanggungjawab menjadikan sistem pengurusan rekod Jabatan teratur dan bersistematik. Matlamat kami adalah ke arah menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan serta pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan sistem pengurusan kualiti. Seksyen Rekod diwujudkan di MSWPKL pada Januari 2009 dengan pengisian (2) dua perjawatan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Menguruskan proses penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan penjilidan rekod pengurusan kes mengikut prosedur yang ditetapkan bagi kegunaan perkhidmatan pendengaran kes, penyelidikan dan pengurusan.
  2. Menguruskan rekod-rekod dalam kumpulan nilai utama (primary value) kerana ia penting kepada JKSN/MSN selaku agensi pewujud untuk kegunaan urusan pentadbiran, perundangan dan kewangan JKSN/MSN.
  3. Untuk memberikan perkhidmatan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran yang cekap dan efisyen yang mengandungi maklumat penting asal usul jabatan, organisasi, fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh JKSN/MSN, di mana menarik minat penyelidik yang ingin mengetahui sumbangan JKSN/MSN dalam sejarah sosio ekonomi Negara
  4. Membantu dan memberi pandangan kepada jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang sistematik dan berkesan.
ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement