Seksyen Khidmat
Pengurusan & Sumber Manusia berfungsi untuk memastikan pengurusan sumber
manusia Jabatan lebih cekap, berkesan, sentiasa relevan serta responsif kepada
cabaran semasa.
Fungsi-fungsi Seksyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia
- Berfungsi untuk mengitegrasikan secara komprehensif dan fleksibel pengisian jawatan, penyusunan semula organisasi, penempatan dan pertukaran kakitangan melalui perancangan tenaga kerja yang lebih bersepadu dan jitu.
- Berfungsi di dalam pengautomasian pemberian perkhidmatan personnel kepada kakitangan melalui kecekapan di dalam urusan-urusan berkaitan pemberian kemudahan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan kepada kakitangan awam.
- Berfungsi untuk menjajarkan matlamat individu dengan matlamat organisasi melalui pentadbiran urusan tanggung kerja, laporan penilaian prestasi dan anjakan gaji, pengurusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan dengan lebih berkesan.
- Berfungsi Untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif antara pihak pengurusan dan pekerja melalui pelaporan isu dan penyelenggaraan dan pengisytiharan harta setiap kakitangan di Jabatan.
- Berfungsi sebagai pemudahcara yang komprehensif melaui penyelarasan dan pemantauan pelaksanan HRMIS peringkat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan khususnya aktiviti-aktiviti pra-pelaksanaan, aktiviti semasa pelaksanaan dan aktiviti selepas pelaksanaan sesuatu modul/submodul HRMIS.
- Menguruskan Pinjaman Komputer, Kenderaan Dan Perumahan Kakitangan Jabatan
- Mengurus pentadbiran jabatan.
- Membuat anggaran bangunan-bangunan dan alat-alat kelengkapan bagi perlaksanaan projek-projek.
- Membuat perolehan, pembelian dan pembekalan pelbagai stok serta perkhidmatan gunasama.
- Mengawal pengagihan penggunaan stok dan perkhidmatan gunasama serta pertukaran stok barang-barang gunasama dan lain-lain stok.
- Menguruskan kontrak-kontrak pusat, kontrak-kontrak Jabatan dan sebutharga bagi perolehan dan pembekalan serta perkhidmatan.
- Menguruskan aspek-aspek pelupusan barang-barang atas kelulusan sama ada Pegawai Pengawal dan Kementerian Kewangan.
- Menguruskan Belanjawan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia
- Menguruskan Baucer Bayaran Pelbagai Tuntutan Di Bawah Belanja Mengurus
- Menguruskan Pembayaran Pesanan Kerajaan Melalui Sistem E-Perolehan Di Bawah Belanja Mengurus
- Menguruskan Pembayaran Gaji Di Bawah Belanja Mengurus
- Menguruskan Penyesuaian Akaun Mengurus Untuk MSWP
- Menguruskan Hasil Untuk MSWP
- Menguruskan Penyesuaian Akaun Hasil MSWP
- Menguruskan Kutipan Hasil Akaun
- Menguruskan Kerja-Kerja Penutupan Akaun Akhir Bulan / Tahun
- Pengurusan Panjar Wang Runcit (PWR)
- Merancang dan mengesyorkan dasar, strategi, piawaian dan pelan rancangan teknologi maklumat bagi MSWP.
- Membekal dan menguatkuasakan metodologi dan piawaian dalam pembangunan sistem-sistem aplikasi MSWP.
- Merancang dan menguatkuasakan dasar keselamatan ICT selaras dengan keselamatan ICT Kerajaan.
- Menguruskan penyenggaraan peralatan komputer supaya berada dalam keadaan beroperasi secara optima.
- Mengurus dan memberi bimbingan serta khidmat nasihat dalam pelaksanaan projek teknologi maklumat.
- Mengurus dan melaksanakan proses perolehan peralatan komputer untuk projek pengkomputeran.
- Mengesyorkan keperluan latihan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan pengoperasian komputer bagi semua staf Jabatan.