Puan telah memperoleh perintah dari mahkamah tentang pemberiaan nafkah anak dan suami puan telah cuai dan ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut. Oleh itu, puan boleh merujuk kepada unit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang terdapat di Mahkamah Syariah yang membantu golongan-golongan yang menghadapai masalah berkaitan pelaksanaan perintah pembayaran nafkah. Antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) adalah :
Meleraikan masalah yang kebiasaannya dihadapi oleh wanita atau ibu tunggal yang sukar mendapatkan nafkah seperti yang diperintahkan mahkamah.
Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah
Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang awam
Memberi bantuan kewangan sara hidup sementara kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah anak