Galeri Foto

MESYUARAT PENGURUSAN DAN TAKLIMAT JABATAN KERJA RAYA DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan, 23 dan 24hb Jun 2022 – Mesyuarat Pengurusan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan di sini pada hari ini. Mesyuarat ini membincangkan dan memutuskan beberapa perkara tentang isu pentadbiran dan kehakiman yang melibatkan kepentingan awam dan mencari jalan meningkatkan perkhidmatan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini. Turut bersama ketua-ketua bahagian dan unit bagi membentangkan laporan bagi suku tahun pertama. Bahagian Sokongan Keluarga, Unit Sulh, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Seksyen Pengurusan Kes dan Jawatankuasa Komunikasi Korporat bersama-sama Bahagian Pentadbiran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan di dalam mesyuarat kali ini.

Perbincangan lanjut tentang sebut harga sistem CCTV dan perolehan peralatan ICT, system email melalui platfom google work space (1GovUC), penggantian perabot rosak dan lain-lain.

Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie, turut mengingatkan bahawa peningkatan taraf dan penambahbaikkan insfrastuktur adalah bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Fungsi dan tanggungjawab semua kakitangan dan warga kerja MSWP adalah seiring dengan tuntutan ibadah di dalam agama Islam. Semangat kerja serta mewujudkan situasi kerja yang harmoni merupakan sebahagian dari tujuan hasrat Perdana Menteri dalam konsep #KeluargaMalaysiaKeluargaSejahtera. 

Sebelah petangnya Ketua Hakim Syarie mengambil peluang mendengar taklimat khas dari Jabatan Kerja Raya tentang pembangunan proses kerja menaik taraf sistem penghawa dingin yang diketuai oleh Tuan Rosly Pengiran, Tuan Darman bin Danding,  En. Hasman bin Hassan jangkaan siap12hb Mac 2023. Seramai 4 orang wakil Jabatan Kerja Raya hadir bersama-sama di dalam taklimat ini ialah Marrion Waynor, TS Leong Geok Teng

ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement