Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Berapa lamakah tempoh perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah?

Sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang membayar nafkah atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah tersebut. Lamanya tempoh perintah khusus bagi nafkah anak adalah bergantung kepada perkara-perkara berikut;

  • Jika sesuatu perintah mengenai nafkah anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih singkat atau

  • Jika sesuatu perintah itu dibatalkan atau

  • Jika sesuatu perintah itu dibuat untuk –

  • seorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya;

  • seorang anak lelaki yang oleh sebab seseuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya. Perintah nafkah hendaklah belas tamat apabila anak itu mencapai umur lapan tahun tetapi Mahkamah boleh atas permohonan anak itu atau seseorang yang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tambahan yang difikirkan munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi. 

Suami saya masih enggan membayar nafkah anak sedangkan telah ada perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Apa yang perlu saya lakukan?

Puan telah memperoleh perintah dari mahkamah tentang pemberiaan nafkah anak dan suami puan telah cuai dan ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut. Oleh itu, puan boleh merujuk kepada unit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang terdapat di Mahkamah Syariah yang membantu golongan-golongan yang menghadapai masalah berkaitan pelaksanaan perintah pembayaran nafkah. Antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) adalah : 

  • Meleraikan masalah yang kebiasaannya dihadapi oleh wanita atau ibu tunggal yang sukar mendapatkan nafkah seperti yang diperintahkan mahkamah. 

  • Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah

  • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada orang awam

  • Memberi bantuan kewangan sara hidup sementara kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah anak

Adakah tunggakan nafkah anak boleh dituntut ke atas bekas suami atau bapa?

Menurut seksyen 69 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan tunggakan nafkah yang tak bercagar boleh dituntut sebagai hutang daripada pihak yang mungkir, dan sekiranya tunggakan nafkah itu tidak dilangsaikan sebelum pihak yang mungkir itu mati, tunggakan nafkah itu hendaklah menjadi suatu hutang yang perlu dibayar dari harta pusakanya. Manakala, tunggakan nafkah yang tak bercagar hendaklah dibayar dalam tempoh orang yang berhak kepada tunggakan anfkah itu masih hidup dan sekiranya orang yang berhak itu mati, maka ia boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.

Siapakah yang berkewajipan untuk menanggung nafkah anak angkat?

Jika seseorang lelaki iaitu bapa angkat telah menerima seseorang kanak-kanak sebagai ahli kelaurganya, maka adalah menjadi kewajipannya untuk menanggung nafkah bagi kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi menjamin kebajikan kanak-kanak itu. Ini juga dinyatakan di dalam seksyen 78 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Siapakah yang bertanggungan terhadap nafkah anak luar nikah atau anak tak sahtaraf?

Ibu yang melahirkan anak tak sah taraf tersebut yang bertanggungjawab untuk menanggung nafkah anaknya dan jika seseorang perempuan iaitu ibu kepada anak tak sah taraf itu enggan menanggung nafkah anaknya yang tak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan anak itu dilahirkan akibat rogol, maka Mahkamah boleh memerintahkan perempuan itu iaitu ibu yang melahirkan anak tak sah taraf tersebut memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah. 

ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement