Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Apakah maksud penceraian (talaq)?

Talaq bermaksud pembubaran ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya bersadarkan Al-Qur’an, Hadis dan Ijma’. Lafaz cerai boleh dilakukan dengan lafaz jelas (sarih) atau lafaz sindiran (kinayah) selain itu juga boleh dilakukan dengan talaq raji’ie atau talaq ba’in.

Apakah maksud Lafaz Kinayah?

Lafaz Kinayah bermaksud lafaz-lafaz selain dari perkataan talaq atau cerai. Sebagai contoh, “Aku pulangkan kau kembali dekat bapa kau” dan lafaz ini boleh dianggap sebagai lafaz kinayah. Kesan lafaz kinayah ini mengikut Hukum Syarak adalah tidak sabit melainkan suami mempunyai niat ketika melafazkan. 

Suami saya telah melafazkan cerai kepada saya melalui panggilan telefon dan telah menghilangkan diri, apakah yang perlu saya buat?

Anda perlu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah dengan mengemukakan  saksi dan keterangan yang lengkap.

ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement