Anda boleh memfailkan kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekiranya anda bermastautin atau tinggal di Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang dibenarkan menurut undang-undang yang membolehkan anda memfailkan kes di Kuala Lumpur walaupun tidak bermastautin atau tinggal di Kuala Lumpur, seperti contoh perkara yang diperuntukkan dalam seksyen 24 dan 45 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], seksyen 122 Akta 303 berkaitan pemfailan kes harta sepencarian berdasarkan perintah perceraian dikeluarkan dan juga kes-kes ubah perintah difailkan berdasarkan kepada perintah asal dikeluarkan.
Apabila sesuatu kes didaftar, Mahkamah kebiasaannya akan menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh 21 hari selepas pendaftaran, namun tertakluk kepada jumlah kes yang didaftarkan.
30 hari selepas sesuatu kes diputuskan
Anda boleh berhubung dengan Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tingkat 28, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur atau boelh hubungi di talian 03-26942700