Pelancaran program Podcast "CAKNA SULH MSWP"


Pelancaran program Podcast "CAKNA SULH MSWP"
Program Bual Bicara Cakna Sulh MSWP: Podcast ini merupakan salah satu program di bawah lembayung Projek Cakna Sulh MSWP. Berbanding Program Outreach Sulh yang bersifat lokal, atau Muhakat Sulh yang bersifat sehala, Program Podcast Sulh menggabungkan elemen interaksi langsung secara dua hala dan jarak jauh membolehkan pendengar berinteraksi secara langsung dengan panel jemputan atau moderator.

Program ini juga selaras dengan Pelan Strategik Komunikasi Agensi Agama Persekutuan 2024-2027 meliputi Teras 1: Pengukuhan Pengurusan Komunikasi Melalui Semua Saluran Media dan Teras 4: Pemantapan Kefahaman Masyarakat Terhadap Syariat Islam Melalui Program Komunikasi Berkesan.

Oleh itu, MSWP mengorak langkah kehadapan dengan mewujudkan satu platform kepada masyarakat agar memahami lebih mendalam berkaitan Institusi Kehakiman Syariah dengan menganjurkan "PODCAST CAKNA SULH MSWP"

MSWP berharap agar dengan pendekatan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat untuk dalam memahami hukum syarak dan undang-undang Syariah yang terpakai dan ia merupakan satu wadah bagi pihak MSWP dalam menyampaikan maklumat terkini dan mukhtahir.

Seksyen Sulh,
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement