MAJLIS AMANAT BERSAMA KETUA HAKIM SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN

MSWP Wilayah Persekutuan Labuan, 06 Ogos 2024 – Majlis Amanat Bersama Yang Amat Arif Haji Mohd Asri Bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutan telah diadakan pada hari ini di Dewan Persidangan yang dianjurkan oleh Unit Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, MSWP Cawangan Labuan. Turut hadir bersama dalam majlis ini Tn. Ahmad Basyir bin Yaakub, Ketua Pendaftar dan En. Mohd Fairuz Bin Rozlan, Ketua Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia MSWP.
Majlis Amanat ini telah disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, Yang Amat Arif Haji Mohd Asri Bin Haji Tahir. Usai mendengar amanat daripada YAA Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, sesi pelaporan bahagian MSWP Cawangan Labuan turut diadakan bagi memaklumkan status terkini aktiviti – aktiviti sepanjang tahun ini.
Pada Majlis tersebut turut diadakan sesi penutupan pentadbiran (Kewangan) yang diketuai oleh Pn. Norihan binti Karim dan dibantu oleh Pn. Nur Aini binti Ishak dan dibentang oleh En. Mohd Fairuz Bin Rozlan, Ketua Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia MSWP.
ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement