24 Mac 2023 (Jumaat)- Biro Dakwah dan Pendidikan, Badan Kebajikan MSWP Kuala Lumpur dan Putrajaya (BAKSWIP) telah menganjurkan Gotong-royong Ramadan, Bubur Lambuk yang berlangsung di perkarangan Dataran Wakaf, Kompleks MSWP Kuala Lumpur.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YAA Tuan Haji Mohd Asri Bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie, merangkap Penaung Badan Kebajikan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (BASKWIP) serta diiringi YA Tuan Mohamed Fouzi Bin Haji Mokhtar, Pengerusi BAKSWIP. Selain itu, majlis ini telah dihadiri kira-kira 60 orang warga Mswp yang terdiri daripada barisan YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah serta kakitangan MSWP Kuala Lumpur & Putrajaya.
Berita penuh dan gambar boleh layari laman Facebook Badan Kebajikan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.