28 dan 29 Mac 2023 – Institut Latihan Islam Malaysia ILIM, Bangi berlangsung Program Permukiman Agensi Agama YB Menteri di JPM (HEA) bagi tahun 2023. Sebanyak 14 agensi kerajaaan di bawah YBM (HEA) membincangkan Pelan Transformasi al-Falah bagi mengangkat martabat insan dan membangunkan Malaysia Madani. Inisiatif ini mengandungi 5 teras utama, 10 fokus utama dan 5 nilai di dalam Pelan Strategik al-Falah. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan terlibat bersama-sama dalam pembangunan ummah secara langsung dan beriltizam untuk menjadi sebuah agensi/institusi yang sentiasa kehadapan terutama dalam aspek kecekapan pentadbiran dan pengurusan. Turut hadir di dalam program ini Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan YAA Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Tahir, Ketua Pendaftar MSWP Tuan Ahmad Basyir bin Yaakub dan Pendaftar Tuan Rosdi bin Hanapi. Program yang berlangsung selama 2 hari ini dirasmikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.