MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya telah ditubuhkan sebagai susulan kepada penubuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya ekoran termeterai perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor pada 1 Februari 2001 dan seterusnya di isytiharkan sebagai Pusat Pentadbiran Kerjaaan Persekutuan yang baru menggantikan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya telah melakar sejarah Negara apabila mula beroperasi sebagai mahkamah pertama di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu pada 1 Oktober 2002.

Perpindahan jabatan-jabatan kerajaan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya secara drastik dan penghijrahan kakitangan kerajaan serta keluarga masing-masing di kuarters-kuarters, maka kerajaan memerlukan kepada sebuah institusi kehakiman di situ.

Perluasan pemakaian undang-undang ke Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diluluskan pada 1 Februari 2002. Oleh yang demikian, pada 27 Jun 2002 pewartaan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya di bangunan sementara Aras 1, No. 1A, Jalan P9, Presint 9 Putrajaya telah dibuat. Satu lawatan kerja dan pelancaran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya telah disempurnakan oleh Y.B  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brig. Jen (B) Datuk Abdul Hamid b. Zainal Abidin pada 11 Oktober 2002. Mulai 18 Mac 2005 hinggga sekarang telah berpindah di bangunan baru iaitu di Bangunan Annexe, Istana Kehakiman, Presint 3, 62506 Putrajaya.



LOKASI KAMI

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bangunan Annexe, Istana Kehakiman Putrajaya
Presinct 3, 62506 Putrajaya
Tel : 03 88804500
Fax:  03 88804564


Jumlah Pelawat 1,295,018
Kemaskini : 09 Dec 2022
ATAS