Seksyen Pengurusan Kes Unit Pendaftaran

MAL 

  • Menyediakan fail fizikal kes-kes Mal yang melibatkan penyampaian Saman/Notis Permohonan/Notis Kehadiran Majlis Sulh dalam bidang kuasa dan luar bidang kuasa yang diterima daripada Unit Pendaftaran Kes.
  • Mengagihkan fail fizikal dan pliding/dokumen kes-kes Mal dalam bidang kuasa dan luar bidang kuasa kepada Dewan Bicara Mahkamah/Seksyen Sulh/Unit Pengurusan Kes/Unit Penghantar.
  • Menerima dan mengendalikan pengendorsan Perintah Penyampaian Saman Luar Bidang Kuasa dan pliding/dokumen kes-kes Mal yang diterima daripada mahkamah luar dan menyerahkan kepada Unit Penghantar Notis. 
  • Menyerahkan Afidavit Penyampaian/Tanpa Penyampaian kes-kes Mal yang diterima daripada Unit Penghantar Notis kepada mahkamah luar.
  • Menyedia dan mengagihkan fail fizikal kes-kes Mal yang dirafa`kan/dipindahkan daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rendah Syariah.
  • Menyedia dan mengagihkan fail fizikal kes-kes Mal yang diperintahkan hidup/bicara semula oleh Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah kepada Dewan Bicara Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah.
  • Menyediakan nota keterangan/pliding/kertas kausa kes-kes Mal yang telah selesai yang dipohon oleh mana-mana pelanggan melalui Permohonan Interlokutori dan menyerahkan kepada Unit Pelbagai.
  • Mengendalikan permohonan naziran dan pertindihan kes Mal dan menyediakan dokumen kes untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Naziran dan Pertindihan Kes, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. - Menyediakan Statistik Bulanan Kes Mal. 

 

JENAYAH 

  • Mendaftar Kes Jenayah
  • Menguruskan Saman Jenayah Dalam Bidangkuasa dan Luar bidang Kuasa
  • Menguruskan Waran Penjara/Waran Penahanan bagi Dewan Bicara Yang Menggendalikan Prosiding Jenayah.
  • Menguruskan pemulangan Bon Jamin
  • Menyedaikan Statistik Kes Jenayah bagi semua dewan yang mengendalikan prosiding Jenayah 

 

RAYUAN DAN FARAID 

  • Menerima dan menyemak pemfailan/ serahan Notis Rayuan tidak melebihi tempoh yang telah ditetapkan, iaitu 14 hari dari tarikh keputusan/ tarikh penerimaan perintah sekiranya perayu tidak hadir.
  • Menerima dan menyemak pemfailan/ serahan notis rayuan balas tidak melebihi tempoh yang telah ditetapkan iaitu 7 hari dari tarikh terima Notis Rayuan.
  • Menyediakan fail fizikal 4 salinan untuk Mahkamah Rayuan dan 1 salinan untuk mahkamah Tinggi Rayuan.
  • Menyediakan memo dan menerima Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman daripada Mahkamah Bicara.
  • Menyediakan Borang MS 30 berserta Nota Keterangan dan Alasan penghakiman Salinan yang diperakui sah untuk diserahkan kepada perayu/ peguam perayu.
  • Memastikan Rekod Rayuan dalam kes mal (tidak diwakili peguam) disediakan dalam tempoh 6 minggu/ 42 hari dari tarikh penerimaan Borang MS30.
  • Tetapkan tarikh pengurusan kes di hadapan Ketua Pendaftar/ Pendaftar setelah rekod Rayuan disempurnakan.
  • Mengendalikan siding pendengaran kes rayuan Mal dan Jenayah dalam dewan bicara. \
  • Mengendalikan fail kes selepas pendengaran Rayuan Mal dan Jenayah di hadapan Panel Hakim Rayuan.
  • Pengurusan Fail Faraid 


PENDAFTARAN KES 

  • Memastikan kelancaran proses pendaftaran kes-kes Mal, Rayuan dan Faraid bagi Dewan-Dewan MRS, MTS dan MRyS.
  • Mengagihkan pliding/dokumen kes-kes Mal, Rayuan dan Faraid kepada Unit Pengurusan Kes, Unit Mal dan Unit Rayuan dan Faraid bagi tujuan penyediaan fail fizikal kes termasuk fail-fail melibatkan Mahkamah Laluan Pantas (Fast-Track).
  • Menyediakan fail fizikal kes-kes Mal yang melibatkan penyampaian Saman/Notis Permohonan/Notis Kehadiran Majlis Sulh dalam bidang kuasa dan luar bidang kuasa.
  • Menyediakan Jadual Bertugas Kaunter Pendaftaran, Jadual Petugas Standby bagi Jadual Bertugas Kaunter Pendaftaran dan menyediakan Jadual Bertugas Kaunter Khidmat Nasihat di Kaunter Pendaftaran.
  • Menyediakan Senarai Semak, Borang Pendaftaran dan lain-lain borang di Kaunter Pendaftaran.
  • Menyediakan Statistik Bulanan Kehadiran Pelanggan ke Kaunter Pendaftaran dan menyediakan Statistik Bulanan Pendaftaran Kes Mal, Rayuan dan Faraid di Kaunter Pendaftaran.  

 

WAKALAH DAN DOKUMENTASI 

  • Mentadbir affidavit dan wakalah secara fizikal dan atas talian
  • Menerima surat/dokumen/pliding/dan mendapatkan arahan lanjut jika berkaitan dengan pendaftar dan mengagihkan ke dewan bicara atau unit yang berkenaan
  • Menerima perintah/rekod perceraian/ perintah SLBK bagi kes mal/jenayah daripada unit perintah atau dewan bicara MTS dan menyelia termasuk scan perintah dan memuatnaik ke dalam esyariah dan tujuan serahan kepada pelanggan/peguam 


PENGHANTAR NOTIS 

  • Menerima Saman/Notis Permohonan/Notis Kehadiran Majlis Sulh kes-kes Mal/Jenayah dalam bidang kuasa daripada Unit Pendaftaran Kes dan mengagihkan kepada Penghantar Notis bagi urusan penyampaian kepada pihak Defendan/Responden/Orang Kena Tuduh.
  • Menerima Saman/Notis Permohonan/Notis Kehadiran Majlis Sulh kes-kes Mal/Jenayah mahkamah luar daripada Unit Mal/Jenayah dan mengagihkan kepada Penghantar Notis bagi urusan penyampaian kepada pihak  Defendan/Responden/Orang Kena Tuduh.
  • Menyediakan Afidavit Penyampaian/Tanpa Penyampaian kes-kes Mal/Jenayah dalam bidang kuasa atau mahkamah luar dan menyerahkan kepada Dewan Bicara/Seksyen Sulh/Unit Pendaftaran Kes/Unit Mal.
  • Senarai saman yang diagihkan kepada Unit Penghantar    Notis.
  • Senarai pengagihan saman bagi setiap penghantar Notis- dibuat mengikut zon. 

 

Jumlah Pelawat 1,295,049
Kemaskini : 09 Dec 2022
ATAS