Seksyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia

Seksyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia berfungsi untuk memastikan pengurusan sumber manusia Jabatan lebih cekap, berkesan, sentiasa relevan serta responsif kepada cabaran semasa. 

Fungsi-fungsi Seksyen Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia

  1. Berfungsi untuk mengitegrasikan secara komprehensif dan fleksibel pengisian jawatan, penyusunan semula organisasi, penempatan dan pertukaran kakitangan melalui perancangan tenaga kerja yang lebih bersepadu dan jitu.
  2. Berfungsi di dalam pengautomasian pemberian perkhidmatan personnel kepada kakitangan melalui kecekapan di dalam urusan-urusan berkaitan pemberian kemudahan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan kepada kakitangan awam.
  3. Berfungsi untuk menjajarkan matlamat individu dengan matlamat organisasi melalui pentadbiran urusan tanggung kerja, laporan penilaian prestasi dan anjakan gaji, pengurusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan dengan lebih berkesan.
  4. Berfungsi Untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif antara pihak pengurusan dan pekerja melalui pelaporan isu dan penyelenggaraan dan pengisytiharan harta setiap kakitangan di Jabatan.
  5. Berfungsi sebagai pemudahcara yang komprehensif melaui penyelarasan dan pemantauan pelaksanan HRMIS peringkat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan khususnya aktiviti-aktiviti pra-pelaksanaan, aktiviti semasa pelaksanaan dan aktiviti selepas pelaksanaan sesuatu modul/submodul HRMIS.
  6. Menguruskan Pinjaman Komputer, Kenderaan Dan Perumahan Kakitangan Jabatan
  7. Mengurus pentadbiran jabatan.
  8. Membuat anggaran bangunan-bangunan dan alat-alat kelengkapan bagi perlaksanaan projek-projek.
  9. Membuat perolehan, pembelian dan pembekalan pelbagai stok serta perkhidmatan gunasama.
  10. Mengawal pengagihan penggunaan stok dan perkhidmatan gunasama serta pertukaran stok barang-barang gunasama dan lain-lain stok.
  11. Menguruskan kontrak-kontrak pusat, kontrak-kontrak Jabatan dan sebutharga bagi perolehan dan pembekalan serta perkhidmatan.
  12. Menguruskan aspek-aspek pelupusan barang-barang atas kelulusan sama ada Pegawai Pengawal dan Kementerian Kewangan.
  13. Menguruskan Belanjawan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia
  14. Menguruskan Baucer Bayaran Pelbagai Tuntutan Di Bawah Belanja Mengurus
  15. Menguruskan Pembayaran Pesanan Kerajaan Melalui Sistem E-Perolehan Di Bawah Belanja Mengurus
  16. Menguruskan Pembayaran Gaji Di Bawah Belanja Mengurus
  17. Menguruskan Penyesuaian Akaun Mengurus Untuk MSWP
  18. Menguruskan Hasil Untuk MSWP
  19. Menguruskan Penyesuaian Akaun Hasil MSWP
  20. Menguruskan Kutipan Hasil Akaun
  21. Menguruskan Kerja-Kerja Penutupan Akaun Akhir Bulan / Tahun
  22. Pengurusan Panjar Wang Runcit (PWR)
  23. Merancang dan mengesyorkan dasar, strategi, piawaian dan pelan rancangan teknologi maklumat bagi MSWP.
  24. Membekal dan menguatkuasakan metodologi dan piawaian dalam pembangunan sistem-sistem aplikasi MSWP.
  25. Merancang dan menguatkuasakan dasar keselamatan ICT selaras dengan keselamatan ICT Kerajaan.
  26. Menguruskan penyenggaraan peralatan komputer supaya berada dalam keadaan beroperasi secara optima.
  27. Mengurus dan memberi bimbingan serta khidmat nasihat dalam pelaksanaan projek teknologi maklumat.
  28. Mengurus dan melaksanakan proses perolehan peralatan komputer untuk projek pengkomputeran.
  29. Mengesyorkan keperluan latihan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan pengoperasian komputer bagi semua staf Jabatan.
Jumlah Pelawat 1,295,031
Kemaskini : 09 Dec 2022
ATAS