Ketua Hakim Syarie


KATA KATA ALUAN

Yang Amat Arif Haji Mohd Asri Bin Haji Tahir

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

Alhamdulliah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua maka Pelan Strategik Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) bagi tahun 2021-2025 dapat dihasilkan dan didokumentasikan. Syabas kepada warga kerja MSWP yang terlibat.

Saya penuh percaya bahawa Pelan Strategik ini akan menjadi satu dokumen penting ke arah pelaksanaan kerja yang lebih fokus, terancang dan bersistematik. Ianya juga merupakan nadi penggerak kepada jabatan dalam usaha memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan efisien kepada pelanggan.

Harapan saya agar warga kerja MSWP dapat mempertingkatkan usaha dan memberikan komitmen jitu agar segala peracangan dan tindakan yang telah disusun perlulah sejajar dengan Pelan Strategik ini serta dapat direalisasikan dengan cemerlang.

Serhubungan itu, warga kerja MSWP hendaklah sentiasa menglengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran baharu berteraskan kreativitib dan inovatif kerana kerjayaan pelaksanaan Pelan Strategik ini adalah manifestasi kesungguhan kita kea rah mencapai Organisasi Berprestasi Tinggi (High Performance Organisation) dengan bertunjangkan strategi dan kebertanggungjawaban.

Sekian, terima kasih.

YAA Haji Mohd Asri bin Haji Tahir
Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan



ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement