Latar Belakang Penubuhan

LATAR BELAKANG PENUBUHAN 

Penubuhan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) adalah dibawah perutukan Seksyen 44(1) & (2) Enakmen Pentadbiran Syarak Negeri Selangor (1952) sebagaimana yang telah diubah suai oleh Perintah Wilayah Persekutuan (1974). MSWP beribupejabat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mempunyai (2) cawangan iaitu :

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan 


Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, No.71, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50676 Kuala Lumpur. Bangunan ini telah diwartakan sebagai Mahkamah Syariah pada 24 Oktober 2011 melalui warta kerajaan P.U.(B) 573.

Sebelum ianya ditempatkan di Bangunan Sulaiman ini Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan buat pertama kalinya ditempatkan di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Mahkamah ini kemudian berpindah pula ke Bangunan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) di Jalan Tun Abdul Razak dan ini adalah tempat terakhir sebelum dipindahkan ke Bangunan Baitul Mal, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.



Jumlah Pelawat 1,295,039
Kemaskini : 09 Dec 2022
ATAS