Galeri Foto

MUZAKARAH PEGAWAI SYARIAH MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2022
14 Oktober 2022 (JUMAAT)- Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) telah menganjurkan Muzakarah Pegawai Syariah Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan Tahun 2022 yang telah berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 12 Oktober 2022 dan berakhir pada 14 Oktober 2022 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu.
Tema yang dipilih bagi Muzakarah Pegawai Syariah MSWP pada tahun ini adalah "Pemerkasaan Prosedur Perceraian Di MSWP: Pemahaman Kepada Pemakaian Kaedah-Kaedah Hakam Wilayah Persekutuan”
Muzakarah pada kali ini telah melibatkan seramai 34 orang yang terdiri daripada Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rendah, pegawai-pegawai dari MSWP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Program bermula pada 12hb Oktober 2022 (Rabu) dengan sesi pertama, iaitu ucapan alu-aluan dan taklimat Muzakarah yang disampaikan oleh Tuan Mohd Amir Bin Hj Arifin @ Mohd Rifin selaku Setiausaha 1, Jawatankuasa Muzakarah Pegawai Syariah MSWP tahun 2022. Muzakarah diteruskan pada hari kedua iaitu 13 Oktober 2022(Khamis) bermula seawal jam 5.45 pagi, dengan solat subuh secara berjemaah dan diteruskan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Jamalluddin bin Hashim, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UNISZA dengan tajuk “Hakam: Pemakaian dari Sudut Hukum Syarak.” Seterusnya, program ini diteruskan dengan sesi pertama dan kedua iaitu Taklimat Pemakaian Kaedah-Kaedah Hakam Bahagian 1 – 8 yang disampaikan oleh Tuan Rosdi Bin Hanapi, Pendaftar MSWP. Taklimat ini telah berlangsung selama lima jam yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.oo petang.
Pada sesi ketiga berlangsung pada jam 2.30 petang yang merupakan sesi Munaqasyah Pegawai Syariah MSWP, dengan pembentangan Resolusi Muzakarah Penolong Pegawai Syariah MSWP tahun 2022 yang dibentang oleh Tuan Rosdi Bin Hanapi, Pendaftar MSWP dengan dipengerusikan oleh YA Tuan Hj Azzeman Bin Haji Omar, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi MSWP yang mewakili YAA Ketua Hakim Syarie. Didalam perbincangan ini telah memutuskan beberapa perkara dan isu yang diperolehi semasa Muzakarah Penolong Pegawai Syariah MSWP tahun 2022 yang berlangsung di Ipoh perak pada 30 September 2022.
Pada sesi malam, telah berlangsung Majlis Perasmian dan Makan Malam, Muzakarah Pegawai Syariah MSWP tahun 2022 dan pihak penganjur berbesar hati dengan kehadiran YAA Tuan Haji Mohd Asri Bn Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi merasmikan majlis perasmian pada malam ini.
Pada Jam 8.30 malam, YAA Ketua Hakim Syarie, telah tiba di Dewan Intan 2, dengan disambut oleh YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi MSWP, pegawai-pegawai Syariah MSWP. Majlis perasmian tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Mohd Yusri bin Muhamad Azmi, hakim Mahkamah Resndah Syariah (Jenayah) MSWP. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ybrs. Tuan Ahmad Basyir Bin Haji Yaakub, Ketua Pendaftar MSWP. YAA Ketua Hakim Syarie telah dijemput dan menyampaikan amanat beliau seterusnya meramikan Muzakarah Pegawai Syariah MSWP tahun 2022. Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada YAA Ketua Hakim Syarie dan sesi cabutan bertuah dan pertukaran hadiah dikalangan pegawai-pegawai. Majlis perasmian tersebut telah tamat pada lebih kurang jam 10.00 malam.
Untuk makluman semua, seusai majlis tersebut, YAA Ketua Hakim Syarie telah mempengerusikan beberapa mesyuarat yang telah dijadualkan. Antara mesyuarat yang berlangsung adalah Mesyuarat Perolehan Pekhidmatan MSWP Labuan secara dalam talian, dan Mesyuarat Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT) MSWP yang berakhir pada jam 12.15 malam untuk memutuskan beberapa perkara dasar MSWP.
Pada hari terakhir, 14 Oktober 2022 (Jumaaat), Muzakarah diteruskan dengan sesi terakhir iaitu perbincangan kertas konsep Arahan Amalan JKSM bagi tahun 2022. Terdapat 12 kertas konsep yang telah dibincangkan oleh peserta muzakarah yang dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie. Setelah selesai perbincangan tersebut, muzakarah ini diteruskan dengan penetapan Resolusi Muzakarah Pegawai Syariah MSWP tahun 2022 yang disampaikan oleh Ybrs Tuan Ahmad Basyir Bin Habji Yaakub, Ketua Pendaftar MSWP. Majlis telah tamat pada jam 11.00 pagi dan para peserta bertolak balik pada jam 12.30 tengah hari.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada YAA KHS, YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah MSWP serta semua para pegawai dan peserta Muzakarah Pegawai Syariah MSWP tahun 2022 atas komitmen yang amat tinggi diberikan dalam menjayakan Muzakarah Pegawai Syariah MSWP pada kali ini. Usaha perserta dalam memberi sumbang saran, idea dan percambahan ilmu ini amat bernilai dalam memastikan MSWP dapat memberi perkhidmatan yang unggul dan cemerlang kepada masyarakat Islam dan Keluarga Malaysia.
ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement