Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Apakah maksud penceraian (talaq)?

Talaq bermaksud pembubaran ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya bersadarkan Al-Qur’an, Hadis dan Ijma’. Lafaz cerai boleh dilakukan dengan lafaz jelas (sarih) atau lafaz sindiran (kinayah) selain itu juga boleh dilakukan dengan talaq raji’ie atau talaq ba’in.

Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan peguam sekiranya tidak berkemampuan?

Anda boleh berhubung dengan Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tingkat 28, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur atau boelh hubungi di talian 03-26942700

Saya telah membuat pendaftaran di Mahkamah, bilakah kes saya akan disebut?

Apabila sesuatu kes didaftar, Mahkamah kebiasaannya akan menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh 21 hari selepas pendaftaran, namun tertakluk kepada jumlah kes yang didaftarkan.

Saya tinggal di Selangor dan di Kuala Lumpur tetapi kad pengenalan saya beralamat di Kuala Lumpur. Bolehkah saya memfailkan kes di Kuala Lumpur?
Anda boleh memfailkan kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jika anda bermastautin atau tinggal di Kuala Lumpur

ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement