Cetak

Indeks-H

PERKATAAN DAN DEFINISI

Habeas Corpus

Satu writ prerogatif yang digunakan untuk mencabar kesahihan penahanan seseorang, sama ada tahanan rasmi (contohnya apabila ditahan sementara menunggu deportasi atau penyerahan balik) atau dalam tahanan persendirian. Jika permohonan writ tersebut dikemukakan dan Mahkamah atau hakim berpuas hati yang penahanan itu tidak sah secara prima facie, kustodian diperintahkan untuk tampil dan mengesahkannya, dan jika ini gagal dilakukan, pembebasan akan diperintahkan.

Hak

Pemilikan atau kepentingan ke atas sebarang harta. Sebarang kepentingan yang diiktiraf dan dilindungi oleh Mahkamah. Kebebasan menjalankan sebarang kuasa yang telah diberi oleh undang-undang.

Hari Kehadiran

Hari yang ditetapkan dalam mana-mana saman atau prosiding lain bagi kehadiran defendan atau mana-mana hari lain yang ditetapkan untuk pendengaran apa-apa prosiding itu. 

Harta

Sebarang benda yang boleh dimiliki. Perbezaan dibuat antara harta tanah (tanah dan hereditamen tak zahir) dan harta alih (semua jenis harta yang lain) dan antara harta ketara (yang mempunyai kewujudan fizikal, seperti catel dan tanah) dan harta tak ketara (hak dalam tindakan dan hereditamen tak zahir).

Hukum Syarak

Hukum syarak ertinya undang-undang Islam mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf.

Hukuman

Penalti yang dikenakan ke atas seorang defendan yang sabit kesalahan oleh sebuah Mahkamah yang berkuasa. Hukuman dijatuhkan dalam hukuman Mahkamah. Kuasa Mahkamah untuk menghukum juga bergantung kepada sama ada jenayah itu kesalahan boleh dakwa atau kesalahan terus.