Cetak

Indeks-L

PERKATAAN DAN DEFINISI

Li'an

Li'an ertinya sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syarak bahawa isterinya telah melakukan zina. 

Lien

Hak untuk mengekalkan milikan barang-barang seseorang yang lain sehingga semua tuntutan terhadap barang tersebut dapat dibuktikan Ia wujud, contohnya dalam kes pekerja-pekerja bank dan peguam cara-peguam cara.

Litigan

Setiap orang litigan  berhak ditemani oleh seorang sahabat di mahkamah untuk membantunya mengendalikan kesnya, sahabat itu boleh mengambil nota-nota , boleh secara senyap membuat , atau member nasihat, tetapi tiada sesiapapun boleh menuntut untuk mengambil bahagian di dalam prosiding bertentangan dengan peraturan –peraturan mahkamah sepertimana di persetujui oleh budi bicara hakim-hakim.

Litigasi

Mengadakan tindakan undang-undang oleh satu pihak yang dikenali sebagai” Litigan”.

Liwat

Perhubungan seks diluar tabi'e sesama lelaki.