Cetak

Indeks-G

PERKATAAN DAN DEFINISI

Garneshi

  1. Seorang yang telah diberi amaran melalui suatu perintah mahkamah yang suatu hutang perlu dibayar kepada pihak yang telah mendapat perintah garnishee terhadap pemiutangnya., hutang itu tidak boleh dibayar kepada pemiutang .

         ii. Kontrak yang membenarkan penghutang memindahkan obligasi hutangnya kepada pihak ketiga.

Geran

  1. Pemindahan harta melalui surat cara bertulis tanpa penyerahan segera.

         ii.  Pemberian hak-hak, misalnya kepada orang-orang tertentu untuk tujuan tertentu.

Gerenti

Perjanjian sekunder oleh seseorang (penggerenti) yang bertanggungjawab terhadap hutang atau keingkaran seseorang lain (penghutang utama), yang lebih bertanggungjawab terhadap hutnag itu. Satu gerenti memerlukan pertimbangan yang bebas dan hendaklah dibuktikan dalam tulisan. Penggerenti yang telah membayar gerentinya mempunyai hak untuk menanggung kerugian yang disebabkan oleh penghutang utama.

Gunasama

Gunasama ertinya pegawai syariah yang boleh di tugaskan di mana-mana negeri dalam Malaysia.