Cetak

Kes Faraid

Prosedur Kes Faraid

1. Pendaftaran 

Pendaftaran kes faraid boleh diproses oleh Mahkamah apabila ada permohonan daripada waris-waris simati. Permohonan boleh diterima berdasarkan kepada tempat tinggal pemohon di Wilayah Persekutuan atau harta terlibat berada di Wilayah Persekutuan.


2. Penentuan kadar faraid / sijil faraid 

Mahkamah dalam membuat penentuan kadar faraid akan membuat penyiasatan hanya berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada pemohon. Perbicaraan akan dijalankan sekiranya Mahkamah mendapati perlu berbuat demikian. Penentuan bahagian faraid dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Keputusan faraid akan dikeluarkan dalam bentuk sijil faraid yang ditandatangani oleh Hakim Rendah Syariah dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.