Cetak

Fungsi dan Peranan BSK

1)    Memberikan khidmat nasihat dan perundangan syariah kepada pihak-pihak terlibat secara khusus berkaitan tuntutan nafkah serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman selepas suatu perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;

 

2)    Melaksanakan tugas Peguam Syarie dan Bailif dalam pelaksanaan penghakiman dan penguatkuasaan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah bagi memastikan sesuatu perintah dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak;

 

3)    Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah Mahkamah Syariah antara negeri-negeri berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan; dan

 

4)    Menguruskan bantuan pendahuluan nafkah melalui sumber yang diharuskan Syara’ melalui tapisan kelayakan, laporan unit khidmat nasihat perundangan untuk pertimbangan Jawatankuasa Akaun Amanah bagi membantu pemiutang penghakiman terutamanya isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh penghutang penghakiman