Cetak

Unit Pengurusan Dana (UPD)

1)    Bertangggungjawab untuk mengusul tindakan pembayaran pendahuluan nafkah sementara kepada ibu dan anak-anak berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh UKNP;

2)    Mencadangkan bayaran pendahuluan nafkah untuk pertimbangan Jawatankuasa Akaun Amanah atau KWASK mengikut amaun nafkah yang telah diperintahkan oleh mahkamah dengan syarat siasatan lengkap telah dijalankan oleh UKNP;

3)    Membuat bayaran dalam tempoh yang sewajarnya kepada penerima dana yang berkelayakan selama tempoh enam bulan;

4)    Mencadangkan nama-nama penerima dana yang berkelayakan untuk dilanjutkan tempoh penerimaan dana nafkah BSK.

 

CIRI-CIRI KELAYAKAN DAN KRITERIA BANTUAN PENDAHULUAN NAFKAH BSK :

  1. Beragama Islam;
  2. Telah memperolehi perintah dari Mahkamah Syariah;
  3. Bermastautin di negeri di mana permohonan pendahuluan dana BSK dilakukan;
  4. Bersedia untuk memfailkan permohonan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah;
  5. Bersetuju untuk memberi kerjasama dalam memastikan tindakan yang sewajarnya dapat diambil terhadap penghutang penghakiman;
  6. Terdapat kebolehpercayaan bahawa bekas suami/bapa dapat dikesan dan dihubungi.