Cetak

Sejarah Penubuhan MSWP Kuala Lumpur

 

                    

1. Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1hb Februari 1974 setelah perjanjian penubuhan diisytiharkan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

                    

2. Bangunan JKR, Jalan Tun Abdul Razak

 

 

                    

3. Bangunan Baitulmal, Tingkat 4 dan 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (1983)

 

 

                    

4. Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara Kuala Lumpur (1990)

 

Selaras dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, diwujudkan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) dan pada ketika itu dinamakan sebagai Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi. Jawatankuasa Ulangbicara juga telah ditubuhkan dan perlantikannya adalah berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 44(1)(2) dan seksyen 46(2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Selangor (1952) sebagaimana yang telah diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan 1974.

 

5. Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, No, 71, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50676 Kuala Lumpur

 

Majlis Penyerahan Bangunan oleh pihak JKR kepada pihak MSWP

 

                    

Majlis Perasmian Bangunan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan oleh

Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

 

Bangunan Sulaiman dan kawasannya pula telah diwartakan dan dikuatkuasakan sebagai Mahkamah Syariah dalam warta kerajaan P.U. (B) 702. Semenjak ditubuhkan, MSWP telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, namun mulai bulan Januari 1992, MSWP telah dipisahkan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dijadikan sebagai satu bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri.

                    

 

Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 telah dikuatkuasakan pada 15 Oktober 1993. Ekoran itu, hierarki Mahkamah telah ditukarkan daripada Mahkamah Kadi kepada Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Kadi Besar kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan Jawatankuasa Ulangbicara kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Perubahan tersebut adalah berdasarkan peruntukan seksyen 40(1)(2) dan (3) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

 

Bangunan MSWP yang pertama adalah di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kemudian berpindah ke Bangunan JKR, Jalan Tun Abdul Razak dan pada tahun 1983 berpindah pula ke Bangunan Baitulmal, Tingkat 4 dan 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada bulan September tahun 1990 pula, MSWP telah beroperasi di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara Kuala Lumpur. Sehingga pada tanggal 24 Oktober 2011, MSWP telah berpindah ke bangunan sendiri yang beralamat di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, No, 71, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50676 Kuala Lumpur yang dirancang pembinaannya di atas Lot 6145 & 6146, Mukim Batu, Jalan Duta pada 29 November 2007 dengan keluasan sebanyak empat hektar.