Cetak

Sejarah Penubuhan MSWP Putrajaya

 

1. Aras 1, No. 1A, Jln P9, Presint 9 Putrajaya

 

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya telah ditubuhkan sebagai susulan kepada penubuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya ekoran termeterai perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor pada 1 Februari 2001. Seterusnya, ia diisytiharkan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru menggantikan Bandaraya Kuala Lumpur.

2. Palace Of Justice di  Annexe Building, Presint 3, Putrajaya

 

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya telah melakarkan sejarah Negara apabila mula beroperasi sebagai Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu pada 1 Oktober 2002. Ekoran perpindahan jabatan-jabatan kerajaan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya secara drastik dan penghijrahan kakitangan kerajaan serta keluarga masing-masing di kuarters-kuarters kerajaan memerlukan kepada sebuah institusi kehakiman di Putrajaya.

                    


Pada Jun 2002, perluasan pemakaian undang-undang ke Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diluluskan pada 1 Februari 2002. Oleh yang demikian, pada 27 Jun 2002 pewartaan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya di bangunan sementara Aras 1, No. 1A, Jln P9, Presint 9 Putrajaya telah dibuat. Manakala pada 1 April 2005, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya telah berpindah ke bangunan baru di bangunan Palace Of Justice yang beralamat di  Annexe Building, Presint 3, Putrajaya.