Cetak

Sejarah Penubuhan MSWP Labuan

 

 

1. Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Kesuma Wilayah Persekutuan Labuan

 

Tanggal 16hb April 1984 bersamaan 14 Rejab 1404 Hijrah merupakan tarikh bersejarah bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) Labuan kerana pada tarikh tersebut, Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. MSWP Labuan yang dahulunya dinamakan sebagai Mahkamah Kadi pada 16hb April 1984 sehingga 14hb Oktober 1993, telah ditubuhkan bagi mengendalikan kes-kes Syariah di Wilayah Persekutuan Labuan.

2. Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Kesuma Wilayah Persekutuan Labuan

 

Di awal penubuhannya, MSWP Labuan telah beroperasi di beberapa bangunan rumah kedai di sekitar bandar Wilayah Persekutuan Labuan dan juga di  Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Kesuma Wilayah Persekutuan Labuan sejak 21hb Februari 2000 sehingga 8hb Oktober 2003.

                   

          

Penempatan kekal MSWP Labuan terlaksana apabila bangunan sendiri MSWP Labuan yang terletak di Lot TL207506517, TL207508138 dan TL207505156 di Jalan Tun Mustapha, Wilayah Persekutuan Labuan bersebelahan dengan Masjid An-Nur telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak MSWP Labuan pada 9hb Oktober 2003.

                    

Pada 20 Julai 2004, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rasid telah merasmikan bangunan MSWP Labuan. Perasmian ini telah dihadiri lebih dari 350 orang jemputan yang terdiri daripada wakil-wakil daripada Jabatan dan orang perseorangan. Di antara agenda majlis perasmian tersebut ialah ucapan  dari YAA Tan Sri Sheikh Ghazali Bin Abd Rahman, Ketua Pengarah, Ketua Hakim Syarie, JKSM dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Abdullah Bin Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menandatangani plak dan memotong riben sebagai tanda perasmian serta melawat Bahagian Pentadbiran di tingkat dua, Dewan Bicara serta mendengar taklimat persembahan E-Syariah di tingkat empat.