Cetak

Indeks-A

PERKATAAN DAN DEFINISI

Aduan

Pengataan yang dibuat secara lisan atau bertulis kepada Hakim bahawa seseorang sama asa diketahui atau tak diketahui telah melakukan atau bersalah atas kesalahan , dengan tujuan tindakan diambil oleh hakim itu dibawah akta ini.

Afidavit

Kenyataan sumpah bertulis digunakan untuk menguatkan permohonan dan, dalam keadaan tertentu, sebagai keterangan dalam prosiding mahkamah. Orang yang membuat afidavit mesti bersumpah atau berikrar di hadapan orang yang diberi kuasa menerima sumpah yang berkaitan dengan afidavit tertentu bahawa isi kandungan itu adalah benar.

Ahli Kariah

Seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid. 

Akuan

Pernyataan formal di Mahkamah oleh atau bagi pihak seorang yang dituduh sebagai tindak balas kepada dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Amalan

Cara suatu prosiding menguatkuasakan hak undang-undang. Ia sebetulnya sama dengan prosedur, tetapi kadangkala ia digunakan untuk menandakan peraturan prosedur yang berbeza dengan yang didapati daripada peraturan-peraturan Mahkamah. Atau boleh diertikan dengan buku mengenai sesuatu amalan dan prosedur, contohnya seperti Arahan Amalan Mahkamah.

Anak

Anak yang sah hasil daripada perkahwinan yang sah menerusi pendaftaran. 

Anggapan Kematian

Anggapan common law bahawa seseorang itu telah mati. Anggapan itu dibuat jika suami atau isteri telah hilang sekurang-kurangnya tujuh tahun (dengan tidak ada apa-apa bukti yang menunjukkan suami atau isteri masih lagi hidup) atau dengan bukti-bukti asas lain yang sempurna (contohnya, iaitu suami atau isteri berada di atas kapal yang tenggelam). Mahkamah pula berkuasa untuk memperkenankan satu dekri anggapan kematian dan pembatalan perkahwinan; membolehkan si suami atau isteri berkahwin. Perkahwinan kedua itu adalah sah jika si suami atau isteri muncul semula kemudian.

Arahan Amalan

Pernyataan-pernyataan bercetak, selalunya dikeluarkan oleh ketua Mahkamah atau bahagian yang berkaitan, menunjukkan prosedur yang perlu diikuti dalam hal-hal tertentu atau polisi yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah dalam kes-kes tertentu. Tidak seperti peraturan-peraturan Mahkamah, ia tidak mempunyai kuasa statut. Ia selalu diterbitkan dalam laporan undang-undang.