Cetak

Perutusan Ketua Hakim Syarie

Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

:: Assalamualaikum dan Selamat Datang ::

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T., selawat beserta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua para pengunjung kerana sudi meluangkan masa melayari Laman Web rasmi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP).

MSWP sentiasa berusaha dan komited untuk meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan dari semasa ke semasa. Ini dibuktikan apabila MSWP telah berjaya menerima anugerah MS ISO pada pertengahan tahun 2003 sekaligus berjaya menempatkan diri sebaris dengan agensi kerajaan yang lain dari aspek kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

Selaku Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan yang baru dilantik mulai Mac 2018, saya mengalu-alukan pandangan, komen dan teguran daripada setiap pengunjung dari masa ke masa. Setiap pandangan dan teguran akan kami perbaiki dan seterusnya menambahbaik program dan aktiviti yang dilakukan.

Dikesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua warga kerja MSWP supaya terus mengamalkan budaya kesungguhan dalam bekerja serta menerapkan sikap amanah dalam melaksanakan tugas disamping sentiasa berusaha memperbaiki diri bagi memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada pelanggan secara berterusan.

 

Laman Web rasmi ini merupakan salah satu saluran komunikasi penting MSWP bagi menzahirkan komitmen tinggi organisasi ini untuk berdamping serta mendekati semua pengunjung di mana jua tanpa mengira had masa. Oleh yang demikian, adalah menjadi hasrat MSWP untuk memastikan laman web ini berfungsi dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak kakitangan awam agensi yang lain dan juga orang awam. Dalam konteks ini, MSWP sedang berusaha melakukan penambahbaikan ke atas laman web ini agar berjaya mencapai pengiktirafan “Status 5 Bintang”. Sebarang komen dan pandangan membina daripada pihak anda semua dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dalam laman ini amatlah kami alu-alukan.

Justeru itu, adalah menjadi harapan saya agar semua pengunjung sentiasa menggunakan wadah elektronik ini sebagai jaringan untuk mengetahui serta mengikuti perkembangan terkini laman web MSWP.

 

Wassalam.

 

YAA Ibrahim Bin Deris
Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

 

 

 

NAMA-NAMA KETUA HAKIM SYARIE
MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
DAHULU HINGGA KINI
 
  NAMA KETUA HAKIM SYARIE   TAHUN
         
  TUAN IBRAHIM BIN DERIS   2018 - Kini
   DATUK MAHAMMAD BIN IBRAHIM   2014 - 2018
   TUAN MOHD AMRAN BIN MAT ZAIN    2013 - 2014
  DATUK HAJI MOHAMAD BIN HAJI ABDULLAH   2009 - 2013 
  TUAN HAJI HUSSIN BIN AHAMAD   2000 - 2008
  DATO' SHEIKH AZMI BIN AHMAD    1999 - 1999 
  TUAN HAJI YAHYA @ AHMAD NOOR BIN MD. DARUS     1985 - 1986
  TAN SRI SHEIKH GHAZALI BIN HAJI ABDUL RAHMAN   1980 - 1998
 

DATUK HAJI MOHD YUNUS @ YUNUS BIN HAJI MD. YATIM

  1974 - 1979