Cetak

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Penubuhan
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ditubuhkan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 40(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993. Akta tersebut memperuntukan bahawa “Yang Di-Pertuan Agong boleh, di atas nasihat menteri melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-mahkamah Rendah Syariah bagi Wilayah-wilayah Persekutuan di tempat-tempat yang difikirkanya patut”.

 

Bidangkuasa
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes-kes mula dibicara sahaja menurut peruntukan di bawah Seksyen 47(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 yang memperuntukan bahawa “Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di seluruh Wilayah-wilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seseorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah”

 

Bidangkuasa Jenayah
Menurut peruntukan di bawah Seksyen 42(2)(a) Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Akta atau mana-mana Undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama.